MFL janji jadual Liga M 2022 lebih baik - Utusan Malaysia

MFL janji jadual Liga M 2022 lebih baik

STUART RAMALINGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  menjejaskan perjalanan Liga Malaysia (Liga M) 2021, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberi jaminan kalendar musim 2022 akan disusun dengan lebih baik baik.

Jadual Liga M musim depan sudah memasuki draf ketiga dengan meletakkan pasukan kebangsaan sebagai keutamaan dan ia akan dimuktamadkan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam berkata, Liga M juga akan disesuaikan dengan jadual skuad kebangsaan yang mempunyai dua tugasa penting tahun depan iaitu pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 pada 8 hingga 14 Jun nanti dan Piala AFF 2022.

HARIMAU Malaya menjadi keutamaan MFL dalam menentukan jadual Liga M 2022.

“Penyusunan kalendar 2021 berdepan pelbagai cabaran dengan mengambil kira situasi semasa kes Covid-19 yang melanda negara, selain beberapa sekatan dikenakan oleh kerajaan.

“Pada 2022, kita berharap dapat menyediakan penyusunan jadual terbaik buat semua pasukan termasuk melibatkan tiga pasukan yang bakal bertanding di kejohanan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) iaitu JDT (Johor Darul Ta’zim), Kedah dan KL City (Kuala Lumpur City).

“Semua sedia maklum bahawa pemain yang bersaing dalam Liga M juga bakal menyertai pasukan kebangsaan, jadi kita pasti akan memberi keutamaan kepada skuad negara dan kita menganggap ini sebagai sebahagian daripada agenda negara,” kata Stuart.

Katanya, kelewatan mengeluarkan kalendar liga bola sepak domestik disebabkan oleh perubahan berdasarkan jadual pertandingan AFC.

Stuart juga memaklumkan pihaknya bersedia untuk membawa kembali saingan Piala FA dalam jadual musim depan selepas ia dibatalkan selama dua tahun ekoran Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya