Martial mahu tinggalkan Old Trafford - Utusan Malaysia

Martial mahu tinggalkan Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Anthony Martial memberitahu Manchester United, dia mahu meninggalkan Old Trafford.

Penyerang Perancis itu menyuarakan hasrat tersebut kepada pengurus sementara, Ralf Rangnick selepas sering gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Martial, 26, hanya diturunkan dalam kesebelasan utama untuk dua aksi Liga Perdana Inggeris musim ini dan meledak satu gol.

Biarpun keinginan untuk meninggalkan United amat tinggi, namun Martial belum mendapat tawaran daripada mana-mana kelab.

 

Gajinya yang tinggi iaitu 250,000 pound (RM1.4 juta) seminggu mungkin menjadi halangan utama.

Bagaimanapun, Martial dikatakan sanggup menerima pemotongan gaji asalkan dapat menyertai pasukan yang boleh memberi minit permainan lebih banyak.

“Ya, kami ada bercakap tentang perkara ini semalam.

“Dia menjelaskan kepada saya yang dia sudah berada di Manchester United sejak tujuh tahun lalu dan merasakan kini masa sesuai untuk perubahan dengan pergi ke tempat lain,” kata Rangnick.

Martial menyertai United pada 2015 dari Monaco.

Sejak itu dia telah menjaringkan 79 gol dalam 268 penampilan tetapi sering disisihkan seleas kehadiran Cristiano Ronaldo, Edinson Cavani dan Jadon Sancho.

Dia tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan sejak Rangnick mengambil alih pasukan setakat ini serta melakukan 10 penampilan dalam semua pertandingan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya