fbpx

Tak perlu kurus untuk jadi gimnas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tidak perlu mempunyai bentuk tubuh badan yang kurus untuk menjadi bintang gimnastik, kata atlet Amerika Syarikat (AS), Simone Biles.

Pemenang empat pingat emas Sukan Olimpik itu berkata, sebaliknya mereka yang mempunyai fizikal rendah lebih cenderung untuk menjadi hebat seperti dirinya.

“Kalau kita lihat semula, ramai yang berpendapat badan yang ramping dan sangat fleksibel dan kurus mempunyai kelebihan.

“Bagaimanapun kini, anda hanya memerlukan fizikal yang rendah dengan bantuan kekuatan untuk menjadi seperti saya,” ujar Biles dalam Instagram.

Gimnas berusia 24 tahun itu berkata demikian bagi menafikan mitos yang mengatakan atlet yang berbadan kurus mempunyai kelebihan dalam sukan tersebut.

Tambah Biles, gimnastik telah berkembang pesat dan kini lebih terbuka untuk berubah.

“Jadi, saya pasti fikir ia telah berkembang dengan lebih baik, jadi apa yang boleh saya katakan adalah pendapat itu salah,” katanya.

Dalam masa sama, Biles turut mengakui sukan tersebut bagaimanapun memerlukan seseorang atlet itu memiliki bentuk tubuh badan yang baik.

“Saya rasa, apa sahaja jenis bentuk badan, anda perlu mempunyai bentuk badan yang baik dalam sukan ini.

“Jika anda pergi ke gimnasium gimnastik, orang yang paling tinggi di dalamnya mungkin sekitar 5 kaki 4 inci,” tambah Biles.- AGENSI

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN