Bekas penembak kebangsaan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas penembak kebangsaan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Arena sukan tanah air hari ini dikejutkan dengan berita pemergian bekas penembak kebangsaan, Muslifah Zulkifli yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita pemergian arwah turut dikongsi Majlis Sukan Negara (MSN) dalam media sosial mereka, sebentar tadi.

“Dimaklumkan Muslifah Zulkifli (bekas atlet menembak kebangsaan) baru saja meninggal dunia pagi ini.

“Takziah kepada keluarga beliau dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang beriman,” tulis MSN dalam Facebook.

Muslifah antara penembak yang berada lama dalam program latihan kebangsaan dan tersenarai untuk Program Podium dari 2015 hingga 2017.

Allahyarhamah memenangi pingat gangsa Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dalam 50 meter rifle prone berpasukan wanita bersama Nur Suryani Taibi dan Ayuni Farhana Halim.

Salam takziah buat keluarga Muslifah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya