Aktivis haiwan tuntut ekuestrian gugur dari Olimpik - Utusan Malaysia

Aktivis haiwan tuntut ekuestrian gugur dari Olimpik

KUMPULAN aktivis haiwan menggesa IOC menggugurkan ekuestrian daripada Sukan Olimpik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jawatankuasa ­Olim­pik Antarabangsa (IOC) digesa menggugurkan ekuestrian dalam Sukan Olimpik, tegas kumpulan aktivis Masyarakat untuk Rawatan Haiwan Beretika (Peta) kelmarin.

Peta pernah membuat tuntutan itu ketika Olimpik 2020 di Tokyo, Ogos lalu dan berkata, mereka menerima tekanan daripada pembela haiwan agar IOC memodenkan ekuestrian.

“Kami fikir mereka badan yang akan membawa perubahan. Sukan Olimpik telah berkembang bertahun-tahun. Sukan croquet juga pernah dipertandingkan.

“Begitupun, nilainya sudah berubah. IOC perlu sedar tentang perkemba­ngan ini.

“Kami telah menulis surat sejak Ogos lalu menggesa mereka menggugurkan semua acara kuda daripada Olimpik,” kata Naib Presiden Peta, Kathy Guil­lermo.

Pada temasya Tokyo, jurulatih pentatlon Jerman, Kim Raisner mencetus kemarahan ramai selepas dilihat ‘menumbuk’ kuda milik atletnya, Annika Schleu kerana enggan melompat melepasi pagar.

Tindakan itu menyebabkan Yayasan Pentatlon Moden memberi kad hitam, sekali gus me­nyingkirkannya daripada temasya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya