Takkan tak mampu lepas dah sebat duit kerajaan? - Utusan Malaysia

Takkan tak mampu lepas dah sebat duit kerajaan?

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas sesetengah pasukan yang tampak ‘gah’ dalam media sosial tetapi tidak mengambil peduli pelaburan untuk menaiktaraf padang yang lebih berkualiti.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dalam Instagramnya hari ini turut mendedahkan, kebanyakan padang yang digunakan pasukan bola sepak di negara ini sudah ketinggalan dibandingkan negara-negara jiran.

“Sampai bila nak beria dalam media sosial, dalam TV, semua kelab, pengurusan, pengacara, bercakap pasal bola sepak, semua macam pro (profesional) tapi padang masih cowgrass?

“Negara jiran semua sudah bertahun tukar rumput. Di sini cakap macam pro tapi mentaliti tukar sit (tempat duduk) dan nak buat gym. Itu sahaja tak habis.

“Harga padang RM1.4 juta paling mahal, paling murah RM890,000 termasuk drainage. Takkan tak mampu selepas sudah sebat duit kerajaan?.

“Beli import berjuta-juta boleh, buat padang harga lagi murah dari pemain import tak boleh, lepas itu berbual macam pro,” tulisnya di InstaStory.

Ini bukan kali pertama Tunku Mahkota Johor itu membangkitkan isu kualiti padang bola sepak yang digunakan pasukan Liga Malaysia (Liga M) kerana beliau sentiasa melihat aspek berkenaan perkara paling penting dalam sukan bola sepak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.