Si ‘kerdil’ Sheriff sedia kejutkan Inter Milan - Utusan Malaysia

Si ‘kerdil’ Sheriff sedia kejutkan Inter Milan

PASUKAN Sheriff Tiraspol sudah bersedia melakar kejutan ketiga di pentas elit Eropah apabila berdepan Inter Milan pada saingan Liga Juara-Juara esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Sheriff Tiraspol, kelab mana tu? Mesti akan jadi ‘lauk’ dalam Kumpulan D.

Itu persepsi awal peminat bola sepak sebaik sahaja juara Moldova tersebut diundi bersama tiga lawan yang berpe­ngaruh dalam Liga Juara-Juara, Real Madrid, Inter Milan dan Shakhtar Donetsk.

Kemenangan 2-0 ke atas Shakhtar dalam aksi pertama membuka mata peminat, namun mengejutkan juara 13 kali, Real 2-1 di stadium keramat, Santiago Bernabeu menjadikan kelab kerdil itu semakin dipandang serius.

Esok, skuad bimbingan Yuriy Vernydub akan menentang juara tiga kali, Inter Milan di San Siro dan mereka tidak segan meletakkan sasaran memburu kemenangan ketiga berturut-turut.

Enam mata yang dipungut dalam dua aksi pertama memberi keyakinan luar biasa kepada pendatang baharu liga itu, apatah lagi Inter tidak bermain baik pada dua perlawanan mereka selepas kalah 0-1 kepada Real dan diikat 0-0 oleh Shakhtar.

Jika skuad Nerazzurri meng­andaikan pertemuan dengan Sheriff mudah dan peluang terbaik untuk mengutip kemenangan pertama, mereka silap.

Inter juga berada pada ­prestasi goyah dalam saingan domestik selepas kalah 1-3 kepada Lazio, Sabtu lalu dan menghuni tangga ketiga Serie A ketika ini.

Sheriff sebaliknya memenangi lapan daripada 10 perlawanan domestik, malah hanya kalah sekali daripada sembilan aksi Eropah (termasuk Liga Europa) di tempat lawan.

Dalam proses ter­se­but, mereka menang lima kali, sekali gus menjadikan Sheriff ‘si kerdil’ yang amat ­digeruni. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya