PH, PKR tidak gadai kepercayaan demi kemenangan - Fauziah

PH, PKR tidak gadai kepercayaan demi kemenangan – Fauziah

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan PKR berpendirian tegas bahawa menggadaikan kepercayaan demi kemenangan bukan dalam strategi politik gabungan itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr. Fauziah Salleh berkata, gabungan itu memberi fokus kepada agenda pembangunan negara serta kebajikan rakyat agar dapat terus dilaksanakan dengan berkesan kerana ia paksi serta tunjang utama mendasari setiap langkah politik mereka.

Bagaimanapun, katanya PH tetap menghormati hak setiap parti untuk menentukan pendekatan dan strategi masing-masing dalam menghadapi pilihan raya.

“Perbezaan strategi politik dalam pilihan raya negeri merupakan perkara biasa di dalam seni kepada segala kemungkinan.

“PKR kekal dengan pendirian sebarang keputusan politik di peringkat negeri sentiasa dinilai berdasarkan kepentingan serta aspirasi rakyat Negeri Sembilan.

“PRN Negeri Sembilan merupakan pentas demokrasi untuk parti-parti menawarkan dasar, rekod perkhidmatan dan kepimpinan terbaik kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Fauziah berkata, PKR akan kekal fokus memperjuangkan isu-isu kesejahteraan rakyat, peluang ekonomi, kos sara hidup, pembangunan seimbang serta tadbir urus yang telus dan berintegriti.

Beliau turut menyeru seluruh jentera PKR dan PH supaya kekal fokus, berdisiplin dan bekerja dengan penuh iltizam untuk meraih keyakinan rakyat serta mempertahankan mandat PH di Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN