fbpx

Piala Malaysia 100 tahun: Sekarang era Harimau Selatan

PEMAIN JDT meraikan kejayaan muncul juara Liga Super kali kelapan berturut-turut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi pilihan untuk muncul juara pada sam­butan ke-100 Piala Malaysia yang membuka tirai esok, namun Kedah dan Selangor sekali lagi menjadi pencabar utama kejuaraan.

Biarpun Selangor pasukan terhebat dalam sejarah dengan reputasi sebagai juara 33 kali, namun JDT adalah kelab tempatan terbaik ketika ini selepas menjuarai Liga Super lapan kali berturut-turut, malah mereka turut sebagai penyandang gela­ran.

Selaku naib juara Liga Super, Kedah juga mampu mencabar kejuaraan, terutama diundi dalam Kumpulan C yang dilihat agak mudah bersama Melaka United, Negeri Sembilan dan pasukan tangga kelima Liga Perdana.

TROFI yang bakal menjadi rebutan 16 pasukan.

“Dalam saingan seperti ini (Piala Malaysia) semua pasukan akan beraksi lebih baik (berbanding Liga Super, Perdana).

“Kalau kita tengok EPL (Liga Perdana Inggeris) pasukan hebat seperti Manchester United dan Liverpool pun pernah ditewaskan pasukan bawahan, begitu juga JDT, namun sebagai penyokong, kami doakan kejayaan JDT,” kata Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (KPBJDT), Azman Jalil.

MAMPUKAH Selangor kembali menjulang Piala Malaysia dan merealisiasikan misi 34?

Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Faizal Wahid optimis dengan prestasi semasa Selangor untuk melepasi peringkat Kumpulan B selepas diundi bersama Terengganu FC, Perak dan dan pasukan tangga ketiga Liga Perdana.

“Prestasi Selangor ketika ini mungkin di tahap biasa tapi beberapa aksi terakhir Liga Super ada peningkatan.

“Melihat undian peringkat kumpulan, saya yakin Selangor mampu ke suku akhir dan tidak mustahil memenuhi misi trofi ke-34,” ujarnya.

Cabaran Terengganu juga tidak boleh diambil mudah, selain juara Liga Perdana, Negeri Sembilan.

POPULAR

KOSMO! TERKINI