Marcell Jacobs disiasat polis - Utusan Malaysia

Marcell Jacobs disiasat polis

LAMONT Marcell Jacobs ketika meraikan kejayaan menjuarai acara 100m Sukan Olimpik. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Lamont Marcell Jacobs yang mengejutkan dunia apabila meraih pingat emas 100 meter Sukan Olimpik 2020, kini disiasat polis kerana didakwa membekalkan anabolic steroids.

Jacobs memenangi perlumbaan 100m dengan catatan masa 9.80 saat iaitu rekod baharu Eropah sebelum menambah satu lagi pingat emas dalam acara 4x100m.

Akhbar The Times mendedahkan, Giacomo Spazzini, atlet bina bina badan profesional yang mengambil kredit untuk kejayaan Jacobs terlibat dengan penipuan dan beberapa pertuduhan lain.

Spazzini yang juga pemilik pusat kecergasan dan pakar pemakanan, menceritakan bagaimana dia terlibat secara positif dalam karier Jacobs.

Bagaimanapun, The Times sudah melihat dokumen Polis Itali yang menceritakan bagaimana Spazzini terlibat dengan siasatan pihak berkuasa di Milan.

Mereka juga disiasat kerana menggunakan dan membekalkan dadah untuk meningkatkan prestasi atlet.

Anabolic steroids merupakan dadah yang mampu menaikkan prestasi atlet menerusi peningkatan otot terutama digunakan oleh atlet angkat berat dan bina badan.

Bagaimanapun ejen Jacobs, Marcello Magnani, mendedahkan bahawa dia sudah berpisah dengan Spazzini

“Hubungan mereka terganggu pada Mac 2021 sebaik saja Jacob sedar mengenai siasatan itu.

“Siasatan itu tidak pernah menyentuh Marcell dan atas itu kami tidak ada maklumat mengenainya,” katanya. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya