Dah kenapa dikecamnya pelumba Britain? - Utusan Malaysia

Dah kenapa dikecamnya pelumba Britain?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akaun Twitter pelumba basikal Great Britain, Jack Carlin menjadi sasaran warga net dari Malaysia selepas dia dikatakan terlibat dengan insiden kemalangan melibatkan Shah Fidaus Shahrom pada saringan kedua, pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik hari ini.

Pemenang pingat gangsa acara pecut individu itu dilihat bergesel dengan Shah Firdaus dan menyebabkan pelumba negara tersebut dan Sergey Ponomaryov dari Kazakhstan terjatuh dan tidak dapat berlumba dalam perlumbaan ulangan kerana kesakitan.

Bagaimanapun, Shah Firdaus memilih untuk meneruskan perjuangan dengan beraksi dalam saingan repechage dalam keadaan kesakitan sebelum dia mengesahkan tempat ke suku akhir selepas pelumba di kedudukan kedua terbaik.

“Kalau team awak tu tak reti bawa basikal saiko (psiko) orang kan kan jangan suruh jadi cyclist jadilah sociopath ke ape ni kat luar lain kat dalam court pon akhlak mu lain lol,” tulis pemilik akaun Nina2000234.

“Congratulations Jack Carlin to take Dirty Player ChampionFirst place medalFirst place medalFirst place medal
At Tokyo Olympic 2020,” kata XiiaoKang1019.

“Patut la mng medal. Main langgau org bleh la kija ko yek. Jibake..Boo panjang… booooooo, Boo pendek…. bo bo bob,” tulis pemilik akaun Sheikh Helmi.

“Ehh kau tak pandai bawak basikal takyah laaa bawakk…pastu dh bawak langgar og cm budue,” kata Sunshine hobie.

Bagaimanapun, ramai tidak sedar bahawa kemalangan itu berpunca daripada pelumba Belanda, Matthijs Buchli yang dikenakan amaran pada perlumbaan ulangan.

Pelumba negara, Mohamad Fadhil Zonis berkata, perkara itu berpunca daripada G-Force kerana kelajuan tinggi pelumba semasa di trek dan membuatkan pelumba hilang kawalan.

“Dalam perlumbaan ini pelumba Belanda naik ke atas sedikit untuk memotong, jadi dia ada terlanggar Jack Carlin membuatkan Jack Carlin bergerak sedikit dan terkena Shah Firdaus.

“Akibat daya G Force kerana laju, Shah hilang kawalan dan jatuh, tetapi Jack Carlin berjaya mengawal keadaan. Jack Carlin ada salah juga kerana jadi sebahagian punca Shah jatuh,” katanya.

Shah Firdaus kemudiannnya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana kesakitan di bahagian tulang rusuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya