Belgium rangkul emas hoki lelaki buat kali pertama - Utusan Malaysia

Belgium rangkul emas hoki lelaki buat kali pertama

PEMAIN Belgium meraikan kejayaan memenangi emas hoki lelaki Sukan Olimpik selepas menewaskan Australia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Juara dunia, Belgium memenangi pingat emas hoki lelaki buat kali pertama dalam sejarah Sukan Olimpik selepas menewaskan Australia pada perlawanan dramatik yang ditentukan menerusi pukulan penalti hari ini.

Penjaga gol, Vincent Vanasch muncul wira Belgium apabila dua kali menyelamatkan pukulan Jake Whetton setelah pengadil mengarahkan pukulan semula dilakukan.

Kecemerlangannya memastikan Red Lions menang 3-2 menerusi pukulan penalti selepas perlawanan sebenar berakhir 1-1.

Florent van Aubel meletakkan Belgium di depan pada awal babak kedua, namun Australia, pasukan ranking pertama dunia dan juara Olimpik 2004  menyamakan kedudukan menerusi Tom Wickham.

Vanasch memainkan peranan besar dalam membawa kemenangan pasukannya apabila menggagalkan tiga percubaan skuad Kookaburras.

“Kami amat fokus dan saya melakukan tugas di hujung permainan.

“Saya benar-benar gembira. Saya rasa, semua rakyat Belgium berbangga dengan pasukan hoki kebangsaan hari ini,” kata Vanasch.

Kemenangan ini membolehkan Belgium memperbaiki pencapaian pingat perak di Rio 2016. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya