Thailand tambah koleksi emas Olimpik - Utusan Malaysia

Thailand tambah koleksi emas Olimpik

Panipak Wongpattanakit meraikan pingat emas yang dimenanginya di Tokyo hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Thailand menambah koleksi pingat emas mereka dalam Sukan Olimpik apabila Panipak Wongpattanakit merangkul kejuaraan pada minit terakhir dalam acara taekwondo kategori 49 kilogram wanita hari ini.

Sebelum kemenangan Panipak, Thailand sudah memenangi sembilan pingat emas sepanjang penampilan mereka dalam Sukan Olimpik, namun lima daripada emas disumbangkan oleh angkat berat dan empat tinju.

Panipak memahat sejarah baharu dengan menghadiahkan sebutir emas  menerusi taekwondo.

Turun sebagai juara dunia dan menduduki ranking No. 1 dunia, Panipak sememangnya menjadi pilihan utama untuk membawa pulang emas.

Atlet berusia 23 tahun itu bagaimanapun berhempas pulas dalam pertarungan sengit sebelum menewaskan atlet Sepanyol, Adriana Cerezo Iglesias.

Dia ketinggalan 9-10 ketika pertarungan berbaki sembilan saat sebelum mengasak lawannya dan bangkit mendapatkan dua mata penting untuk menang 11-10.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu melompat dan memeluk jurulatihnya sejurus diumumkan sebagai juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.