Serena terkeluar dari kelompok 10 terbaik dunia - Utusan Malaysia

Serena terkeluar dari kelompok 10 terbaik dunia

SERENA Williams terpaksa menarik diri di pusingan awal Wimbledon akibat kecederaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Buat kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun, Serena Williams terkeluar dari kelompok 10 pemain wanita terbaik dunia pada  ranking terbaru dikeluarkan Persatuan Tenis Wanita (WTA) hari ini.

Bintang Amerika Syarikat (AS) itu yang bakal menginjak usia 40 tahun pada 26 September ini pernah menduduki ranking No. 1 selama 319 minggu sepanjang kariernya yang gemilang.

Dia bagaimanapun kehilangan banyak mata pada Kejohanan Wimbledon selepas terpaksa menarik diri kerana kecederaan ketika menentang Aliaksandra Sasnovich.

Penarikan dirinya menyaksikan Serena jatuh lapan anak tangga ke ranking 16 dunia, kedudukan paling rendah sejak Januari 2019.

Bintang Romania, Simona Halep turut tergelincir ke kedudukan kesembilan kerana kecederaan yang menyebabkan dia tidak dapat mempertahankan gelaran Wimbledon yang dimenanginya pada 2019.

Ashleigh Barty dari Australia yang merangkul gelaran Wimbledon buat kali pertama kekal di tangga teratas dengan lebih 2,300 mata meninggalkan pemain Jepun, Naomi Osaki yang tidak menyertai kejohanan di London itu, selain menarik diri pada Terbuka Perancis bulan lalu.

Karolina Pliskova yang tewas dalam final Wimbledon melonjak dari kedudukan ke-13 ke tempat ketujuh. – AFP

RANKING PERSATUAN TENIS WANITA (WTA)

1. Ashleigh Barty (AUS) 9,635 mata

2. Naomi Osaka (JPN) 7,336

3. Aryna Sabalenka (BLR) 6,965 (+1)

4. Sofia Kenin (USA) 5,640 (+2)

5. Bianca Andreescu (CAN) 5,331 (+2)

6. Elina Svitolina (UKR) 5,125 (-1)

7. Karolína Pliskova (CZE) 4,975 (+6)

8. Iga Swiatek (POL) 4,695 (+1)

9. Simona Halep (ROM) 4,330 (-6)

10. Garbine Muguruza (ESP) 4,165 (+2)

11. Belinda Bencic (SUI) 4,085

12. Petra Kvitova (CZE) 3,985 (-2)

13. Barbora Krejcikova (CZE) 3,893 (+4)

14. Victoria Azarenka (BLR) 3,845

15. Jennifer Brady (USA) 3,830

16. Serena Williams (USA) 3,641 (-8)

17. Elise Mertens (BEL) 3,575 (-1)

18. Anastasia Pavlyuchenkova (RUS) 3,420 (+1)

19. Maria Sakkari (GRE) 3,420 (-1)

20. Elena Rybakina (KAZ) 3,258

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.