Liu Ying luah kata-kata penuh emosi - Utusan Malaysia

Liu Ying luah kata-kata penuh emosi

REAKSI Chang Peng Soon dan Goh Liu Ying selepas kekalahan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying menulis hantaran penuh emosi dalam media sosial selepas dia dan Chan Peng Soon tersingkir dari Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.

Turun sebagai pemenang pingat perak di Rio 2016, cabaran pasangan utama negara itu sudah tertutup biarpun masih mempunyai baki satu perlawanan untuk diharungi hari ini.

Dua kekalahan berturut-turut yang dialami Peng Soon-Liu Ying dalam aksi Kumpulan D bermakna apa pun keputusan perlawanan menentang pasangan No. 3 dunia, Wang Yilyu-Huang Dong Ping dari China tidak akan merubah keadaan.

Kecederaan lutut yang dialami Liu Ying menyebabkan pasangan profesional negara itu gagal memberi aksi terbaik ketika tewas 12-21, 15-21 kepada beregu Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich semalam.

Kekalahan itu hadir sehari selepas mereka tumpas kepada gandingan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

“Selepas bermain dalam perlawanan, saya tidak tenang sehinggalah sekarang.

“Saya tahu, kalah tetap kalah. Musuh tidak akan beri peluang kepada anda kerana anda cedera, dan orang lain tidak bertimbang rasa dengan anda kerana anda kalah.

“Pada akhirnya, keputusan lebih penting daripada proses. Anda boleh kata saya tidak bermain bagus, anda boleh kata saya tidak berada pada tahap sebenar tetapi jangan kuburkan usaha saya.

“Saya yang gagal dan menyakiti diri sendiri. Kalimat ‘maafkan saya’, saya mahu tujukan kepada diri sendiri. Aksi terakhir peringkat kumpulan, saya akan berikan 100 peratus,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.