‘Jangan bimbang, semua terkawal’ - Utusan Malaysia

‘Jangan bimbang, semua terkawal’

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meninjau latihan pemain di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara kelmarin dengan mematuhi SOP ketat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada apa yang perlu dirisaukan dengan persiapan lapan atlet negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 kerana mereka sudah lama diasingkan daripada bertemu pemain atau individu lain.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam meredakan keresahan peminat selepas enam pemain badminton dilaporkan positif Covid-19 sebaik saja pulang daripada tugasan di Sepanyol.

Setiausaha Agungnya, Datuk Kenny Goh menegaskan, pasukan yang akan beraksi di Tokyo sentiasa dilindungi dalam ­‘gelembung’.

“Mereka dah lama diasingkan, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan kerana keselamatan mereka terjamin di ABM (Akademi Badminton Malaysia).

“Selama ini mereka hanya menjalani latihan dalam kea­daan terkawal dan mengikuti SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan BAM,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Lapan pemain yang akan ­beraksi di Tokyo 2020 adalah Lee Zii Jia, Soniia Cheah, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Mengenai enam pemain yang positif Covid-19 selepas me­nyertai Kejohanan Antarabangsa Sepanyol, Kenny menafikan berlaku pelanggaran SOP sebaliknya mereka mengikuti peraturan ketat yang ditetapkan.

Kesemua mereka kini menjalani tempoh kuarantin seperti ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Mereka disahkan positif ketika berada dalam tempoh kuarantin 14 hari dan keadaan pemain terbabit tidaklah membimbangkan,” katanya.
Pasukan badminton negara akan berlepas ke Tokyo pada 17 Julai ini sebelum memulakan kempen memburu pingat dari 24 Julai hingga 2 Ogos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya