Ali Puteh, Mamak Puteh telus soal bayaran kerja - Utusan Malaysia

Ali Puteh, Mamak Puteh telus soal bayaran kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak, Ali Puteh mendedahkan dia dan rakan seperjuangannya, Mamak Puteh mengamalkan sikap terbuka dengan memaklumkan jumlah bayaran yang diterima bagi setiap pekerjaan.

Menurut Ali, ketelusan itu penting memandangkan mereka bergerak sebagai satu kumpulan dan perlu memastikan urusan kewangan antara satu sama lain berjalan lancar.

Bagaimanapun, Ali enggan mengulas mengenai amalan pelawak lain dalam menguruskan bayaran masing-masing kerana menganggap perkara itu sebagai hak individu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertama sekali, saya tidak mahu menyentuh mengenai rakan-rakan lain kerana mereka abang, adik dan rakan seangkatan saya.

“Macam saya dengan Mamak, memang dari dahulu kami akan memaklumkan bayaran yang diterima. Apa yang dia dapat, itulah yang saya dapat kerana kami satu kumpulan.

“Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada hak individu masing-masing. Mereka berhak menentukan bayaran dan perlu menguruskannya dengan sebaik mungkin,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ali menjelaskan perbezaan jumlah bayaran yang diterima mereka bagi sesuatu pekerjaan bukanlah satu masalah kerana perkara itu dibincangkan secara terbuka sejak awal.

Katanya, sekiranya sesuatu tawaran kerja diperoleh menerusi Mamak, rakannya itu mungkin menerima bayaran lebih sedikit, begitu juga sebaliknya.

“Kalau saya dengan Mamak, kami pernah mendapat bayaran lebih, tetapi perkara itu sudah dimaklumkan dari awal.

“Contohnya, jika pekerjaan itu datang daripada Mamak, dia akan mendapat lebih sedikit. Kalau pekerjaan itu datang daripada saya, saya pula akan mendapat lebih sedikit.

“Jadi, perkara itu tidak akan menjadi isu. Kami perlu saling memaklumkan supaya tidak timbul masalah kerana masing-masing mempunyai keluarga untuk disara dan komitmen yang perlu dibayar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini