Jang kempunan rampas takhta - Utusan Malaysia

Jang kempunan rampas takhta

PERTAHANAN Terengganu, Argzim Redzovic mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya dalam aksi Liga Perdana menentang Negeri Sembilan. - UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hasrat Negeri Sembilan untuk merampas takhta Liga Perdana tidak kesampaian selepas tumpas 0-1 kepada Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, sebentar tadi.

Kekalahan itu memaksa skuad kendalian K. Devan kekal di tangga kedua dengan 23 mata, hanya satu mata di belakang Sarawak United manakala TFC II di kedudukan ketiga (22 mata).

Pertemuan kedua-dua pasukan itu berlangsung hambar sehingga minit ke-20 yang menyaksikan percubaan lencong tuan rumah, Amirul Syazwan Nor Azmi tinggi melepasi sasaran.

Peluang terbaik TFC II menjelma menerusi pertahanan tengah, Argzim Redzovic, namun tandukan pemain import itu dikeluarkan di atas garisan gol pada minit ke-35.

PENYERANG TFC II, Jordan Mintah (kanan) meraikan jaringannya pada minit ke-66 bersama rakan sepasukan, Muhammad Syafik Ismail ketika bertemu Negeri Sembilan, sebentar tadi. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Skuad Hoben Jang Hoben pula terpaksa menanti minit ke-43 untuk menguji pintu gol TFC II tetapi sepakan percuma Thierry Akono gagal menewaskan penjaga gol lawan.

Enam minit bersambung babak kedua, penjaga gol Negeri Sembilan, Damien Chien Khai Lim, lebih pantas menafikan rembatan deras Hairiey Hakim Mamat untuk mengekalkan kedudukan 0-0.

Serangan bertubi-tubi tuan rumah hampir membuahkan hasil malangnya tolakan Amirul Syazwan dari dalam kotak penalti sekadar menggegar palang gol pada minit ke-56.

TFC II akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-66 menerusi sepakan percuma penyerang, Jordan Mintah sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.