Perak FC tiada CEO - Utusan Malaysia

Perak FC tiada CEO

Rizal Ali Naizali memberi penerangan kepada Perak ketika menjadi CEO sebelum meletak jawatan bulan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC masih kosong sejak peletakan jawatan Rizal Ali Naizali.

Rizal meletak jawatan buat kali kedua 10 Jun lalu selepas mengumumkan pengundurannya pada 9 Mei iaitu sejurus selepas Perak kalah 2-3 kepada Sri Pahang dalam aksi Liga Super di Ipoh.

Bagaiamanapun lembaga pengurusan kelab menolak tindakan tersebut kerana dikatakan tidak dibuat secara profesional dan mengikut undang-undang.

Rizal dikehendaki memberi sekurang-kurang sebulan notis.

Berikutan itu dia mengemukakan surat peletakanjawatan secara rasmi pada 10 Jun lalu.

“Saya bukan lagi CEO Perak FC, malah tiada sebarang kaitan dengan kelab ini. Mereka akan lantik pengganti, saya tidak tahu siapa orangnya,” kata Rizal kepada Utusan Malaysia.

Tempoh beberapa bulan sebagai CEO nyata cabaran besar buat Rizal yang berhadapan kemelut kewangan yang menyaksikan Perak FC berhutang sekurang-kurangnya dua bulan gaji kepada pemain dan pegawainya.

Berikutan itu berlaku tindakan pemain memboikot latihan pasukan sebelum Perak turun bertemu Sri Pahang pada 9 Mei lalu.

Ekoran kemelut itu Perak kehilangan khidmat Shahrul Mohd Saad, Guilhelme De Paula, J Partiban dan Kenny Pallraj yang menerima tawaran lumayan pasukan lain.

Ia disusuli dengan pemergian Nazirul Naim Che Hashim ke Sabah serta kepulangan Shakir Hamzah ke Liga S semasa tingkap perpindahan kedua dibuka dari 3 Mei hingga 31 Mei lalu.

Berikutan itu Rizal serta rakan-rakan jawatan kuasa eksekutif kelab berusaha gigih mencari dana bagi menyelesaikan kemelut kewangan dihadapi.

Mereka berjaya mendapatkan khidmat sembilan muka baru termasuk lima import bagi memperkukuhkan kembali pasukan yang terkulai layu pada satu ketika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya