Kapal China bawa empat juta tong minyak keluar dari Selat Hormuz

Kapal China bawa empat juta tong minyak keluar dari Selat Hormuz

KAPAL tangki Bili yang berbendera Gambia sedang berlabuh di Selat Hormuz di luar bandar Abbas di selatan Iran.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Dua tangki besar China yang membawa empat juta tong minyak mentah Asia Barat keluar dari Selat Hormuz pada Rabu selepas menunggu di Teluk selama lebih dua bulan, menurut data perkapalan LSEG dan Kpler.

Pengangkut Minyak Mentah Besar (VLCC) berbendera China, Yuan Gui Yang, memuatkan dua juta tong minyak mentah Basrah dari Iraq pada 27 Februari, sehari sebelum perang Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran bermula, menurut data berkenaan.

Kapal itu, yang disewa oleh Unipec, cabang perdagangan milik penapis minyak terbesar Asia, Sinopec, dijangka tiba di Pelabuhan Shuidong berhampiran bandar Maoming di wilayah selatan Guangdong pada 4 Jun untuk memunggah kargonya.

Sebuah lagi VLCC berbendera Hong Kong, Ocean Lily, memuatkan sejuta tong minyak mentah Al-Shaheen dari Qatar dan satu juta minyak mentah Basrah antara akhir Februari dan awal Mac.

Kapal itu, yang dimiliki oleh gergasi China Sinochem, dijangka tiba di Pelabuhan Quanzhou di wilayah Fujian timur pada 5 Jun untuk memunggah kargonya.

Sinopec dan Sinochem tidak segera memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk komen.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN