Kubu Sweden sukar ditembusi - Utusan Malaysia

Kubu Sweden sukar ditembusi

PENJAGA gol Sweden, Robin Olsen, berjaya menyelamatkan gawangnya daripada serangan penyerang Sepanyol, Gerard Moreno dalam perlawanan peringkat Kumpulan E di Stadium La Cartuja, Seville. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEVILLE: Sepanyol terpaksa menerima keputusan seri apabila gagal menembusi kubu Sweden dalam aksi peringkat kumpulan E Euro 2020 di Stadium La Caturja.

Walaupun menguasai 86 peratus perlawanan namun tidak memberi makna kepada skuad  La Roja itu yang dilihat kerap mengawal bola di padang lawan.

Malah, berdasarkan maklumat perlawanan sebanyak 17 cubaan dilakukan oleh pasukan Sepanyol serta lima daripadanya dilakukan dihadapan gawang berbanding cubaan empat cubaan serangan daripada Sweden.

Cubaan pertama dilakukan penyerang Sweden, Alexander Isak di awal perlawanan gagal meledak sebarang gol sementara pemain posisi sama Sepanyol, Alvaro Morata pula terlepas satu-satunya peluang keemasan bagi pasukannya mencatatkan kemenangan pada babak pertama perlawanan.

Begitupun, penjaga gol Sweden, Robi Olsen beraksi cemerlang apabila menepis setiap cubaan termasuk serangan daripada pemain hadapan Sepanyol, Gerard Moreno yang beraksi pada minit ke 74 menggantikan penyerang, Dani Olmo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.