England perlu menyerang - Mourinho - Utusan Malaysia

England perlu menyerang – Mourinho

HARRY Kane diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan dalam aksi pembukaan Euro 2020 England menentang Croatia.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jose Mourinho menyarankan Gareth Southgate untuk menggunakan pendekatan menyerang ketika berdepan Croatia dalam aksi pembukaan pasukan itu dalam saingan Euro 2020.

Bekas pengendali Tottenham itu berkata, pasukan kendalian Southagte perlu mendominasi permainan dan mengawal segala pergerakan Croatia dalam perlawanan itu kerana mereka memiliki kelebihan dari segi pemain.

“England memiliki pemain tengah yang bagus, jadi pendekatan menyerang adalah lebih bagus berbanding menggunakan lima pertahanan seperti yang selalu digunakan.

“Saya akan memilih empat pertahanan iaitu John Stones, Tyrone Mings, Kyle Walker dan Ben Chilwell serta Dean Henderson di bahagian gawang.

“Di bahagian tengah saya memilih Kalvin Phillips dan Delan Rice manakala di bahagian sayap kiri saya akan meletakkan Jack Grealish kerana dia sangat bagus di bahagian itu dan mengingatkan saya kepada Luis Figo selain Phil Foden di bahagian kanan.

“Bahagian tengah menyerang akan menjadi milik Mason Mount dan penyerang utama adalah Harry Kane,” kata Mourinho.

Meskipun memiliki barisan pemain berbakat, namun pengendali Portugal itu tidak yakin skuad Three Lions mampu meraih kejuaraan dalam saingan kali ini.

“Saya tidak yakin untuk mereka menjadi juara tetapi berpotensi,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.