Tiada bukti kaitkan kematian Haziq dengan vaksin - KKM - Utusan Malaysia

Tiada bukti kaitkan kematian Haziq dengan vaksin – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sehingga kini tiada bukti menunjukkan kematian pemanah negara, Haziq Kamaruddin mempunyai kaitan dengan pengambilan vaksin Covid-19.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik selalu Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik KKM, Datuk Dr. Zahari Noor berkata, hasil bedah siasat menunjukkan kematian Haziq akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat susulan daripada perubahan arterosklerosis.

Ujarnya, Allahyarham yang dibawa ke Hospital Kajang semalam telah disiasat dibawah kes mati mengejut (SDR) oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di mana arahan bedah siasat telah dikeluarkan untuk menentukan sebab kematian.

KENYATAAN akhbar Kementerian Kesihatan.

“Proses bedah siasat selesai dilakukan setelah calitan ujian Covid-19 yang diambil menunjukkan keputusan negatif bagi virus tersebut.

“Hasil bedah siasat menunjukkan kepada kematian akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis).

“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisa makmal. Namun sehingga kini tiada bukti menunjukkan bahawa kematian ini adalah berkaitan langsung dengan vaksinasi Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Haziq yang merupakan anggota skuad memanah recurve kebangsaan sejak 10 tahun dan pernah beraksi dalam Olimpik 2012 di London serta Rio 2016, meninggal dunia pada usia 27 tahun  semalam.

Susulan daripada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyeru pihak berkenaan agar berhenti mengaitkan kematian Haziq dengan pengambilan vaksin Covid-19, selain menyifatkan ia sebagai tidak bertanggungjawab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya