6 pemain badminton positif Covid-19 - Utusan Malaysia

6 pemain badminton positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kem badminton negara dikejutkan dengan perkhabaran kurang menyenangkan selepas enam atlet disahkan positif Covid-19.

Kesemua mereka bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang simptom dan sedang menjalani proses kuarantin seperti diarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN).

Dipercayai kes itu hadir menerusi jangkitan luar selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghentikan sistem latihan quarantine based dan membenarkan pemain keluar pada hujung minggu.

Difahamkan pemain-pemain utama negara termasuk yang mengambil dos pertama vaksin Covid-19, baru-baru ini tiada dalam senarai enam pemain yang dikuarantin itu.

Dipercayai, jangkitan Covid-19 itu melibatkan pemain-pemain simpanan namun BAM enggan memberikan sebarang pengesahan mengenainya.

“Selepas mendapat nasihat KKM dan MSN serta Institut Sukan Negara, seramai 91 atlet, jurulatih dan pegawai di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara menjalani ujian calitan Covid-19 dan disahkan negatif.

“BAM akan kembali memperkenalkan sistem latihan quarantine based seperti sebelum ini dengan semua aktiviti persekolahan pemain akan berlangsung secara dalam talian,” kata BAM dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya