Ubah kaedah SAR, mangsa banjir masih boleh ditemukan

Ubah kaedah SAR, mangsa banjir masih boleh ditemukan

ABDUL MANAF CHE ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mangsa bencana banjir di Nepal masih boleh ditemukan walaupun selepas bertahun, namun kaedah operasi mencari dan menyelamat (SAR) perlu diubah mengikut keadaan di lokasi kejadian.

Komander Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Abdul Manaf Che Isa berkata, tempoh masa bukan faktor yang menentukan operasi SAR perlu dihentikan, sebaliknya pendekatan penca­rian perlu disesuaikan apabila kaedah awal gagal menemukan mangsa.

Katanya, tempoh untuk me­nemukan mangsa bergantung kepada pelbagai faktor termasuk ketumpatan lumpur, kesan impak bencana serta keadaan kawasan yang terjejas.

“Keadaan badan dalam sesuatu bencana dalam permukaan air atau di darat, ia boleh ditemukan, namun kaedah pencarian perlu ditukar dan tetap diteruskan.

“Contohnya di Everest pun, mayat masih ada peluang untuk ditemukan. Cuma ia mengambil tempoh jangka masa yang panjang, boleh jadi setahun atau lebih lama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Abdul Manaf berkata, operasi SAR mempunyai beberapa fasa bermula dengan pencarian fasa pertama yang dilaksanakan sejurus sesuatu insiden berlaku dengan penglibatan agensi tindak balas, pasukan penyelamat dan orang awam di kawasan terjejas.

Katanya, pada peringkat awal, pencarian dilakukan berdasarkan maklumat serta keadaan semasa di lokasi bagi mengenal pasti kawasan yang mempunyai kemungkinan mangsa berada.

“Kalau tidak jumpa selepas 24 jam, bukan bermaksud SAR berhenti. Sekiranya tidak boleh jumpa dengan kaedah biasa, kita hendaklah menggunakan kumpulan pakar dan pasukan khas untuk beralih kepada fasa kedua SAR,” katanya.

Menurut Abdul Manaf, pencarian pada fasa kedua dilakukan dalam keadaan tidak lagi normal kerana pasukan penyelamat perlu berdepan perubahan bentuk muka bumi, timbunan lumpur, arus air serta kesan lain akibat bencana.

Jelasnya, penggunaan kepakaran dan aset khusus akan diperluaskan, termasuk penyelam skuba, unit pengesan, dron serta kaedah cerapan lain bagi mencari mangsa di permukaan atau dalam air.

“Kalau sudah guna skuba, unit pengesan, dron dan ka­edah cerapan tetapi masih tidak jumpa, itu tidak bermaksud SAR perlu berhenti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×