Youtube tempat penyokong 'lepas gian' - Utusan Malaysia

Youtube tempat penyokong ‘lepas gian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas kecewa dengan suasana musim lalu, peminat bola sepak tanah air bagaikan membalas dendam tahun ini apabila menyambut kehadiran Liga Malaysia (Liga M) dengan penuh keghairahan.

Bermula dengan jualan jersi yang mendapat sambutan hangat, kini giliran Youtube menjadi saluran mengubat rindu apabila mencatat lebih 2.5 juta tontonan pada minggu pertama Liga Super musim ini.

Memasuki minggu kedua, sambutan lebih ‘luar biasa’ apabila 2.3 juta tontonan dicatat hanya untuk tiga perlawanan.

Secara keseluruhan, sembilan perlawanan pertama Liga Super musim ini mencatat 4.8 juta jumlah tontonan di Youtube.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), ­Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, melihat sambutan hebat kali ini, beliau optimis ia mampu mengatasi jumlah tontonan musim lalu iaitu 16.33 juta.

Katanya, faktor peningkatan itu disebabkan kerinduan peminat terhadap bola sepak setelah mengalami pelbagai cabaran susulan pandemik Covid-19.

“Ia disebabkan peminat dah lama tak tengok perlawanan bola sepak tempatan kerana tahun lepas hanya separuh perlawanan liga berlangsung.

“Piala Malaysia pun satu perlawanan sahaja sebelum dibatalkan, jadi mereka sangat ‘dahagakannya’.

“Sambutan hangat ini merupakan satu gambaran yang baik bagi sukan bola sepak negara.

“Kami yakin, kita boleh me­ngatasi jumlah tontonan musim lalu,” kata­nya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Kata Ab. Ghani, menerusi trend tersebut, MFL yakin bukan hanya badan pengelola Liga M tersebut akan mudah menarik minat penaja, malah semua ­pasukan juga menerima bakal tempias positif.

“Pada era hari ini, dalam ­keadaan pandemik Covid-19, jenama sesuatu barang itu lebih baik dijual secara digital.

“Contohnya kalau JDT (Johor Darul Ta’zim) bermain dan mencecah 120,000 penonton, jika dimasukkan jenama mereka secara langsung, sudah tentu barangan mereka dikenali dan mendapat langganan.

“Ia benda baik kepada yang ingin mencari penaja, baik di peringkat Liga M mahupun MFL,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya