fbpx

Khabib ‘sah’ buat comeback

LONDON: Ali Abdelaziz dalam satu ciapan di Twitter ‘mengesahkan’ pertarungan hebat melibatkan bekas atlet seni bela diri campuran, Khabib Nurmagomedov dan Georges St-Pierre (GSP) kini dalam proses.

Pengurus Khabib itu bagaimanapun memadam ciapan tersebut beberapa minit kemudian, sambil menjelaskan berita tersebut adalah palsu.

Bintang Rusia itu mengumumkan persaraannya selepas UFC 254 pada Oktober lalu dan mengakui tidak berminat untuk membuat kemunculan semula.

Bagaimanapun selepas seterunya, Conor McGregor tewas kepada Dustin Poirier dalam pertarungan UFC 254, Khabib yang terkenal dengan julukan Eagle dikatakan mahu keluar dari persaraan bagi membuktikan dia masih berbisa.

St-Pierre, 39, petarung dari Kanada yang juga sudah bersara dilihat paling sesuai untuk menentang Khabib.

CIAPAN Ali Abdelaziz yang kemudian dipadam.

“Cakap-cakap orang bahawa Khabib sedang dalam proses untuk menentang Gsp (Georges) adalah sangat betul,” tulis Ali dalam Twitter.

Dia kemudian memadam ciapan tersebut dengan menulis: “Khabib lawan Georges adalah khabar angin dan berita tadi sememangnya palsu”.

Georges minggu lalu mendesak UFC agar segera menghubunginya jika serius ingin mengadakan pertarungan hebat dengan Khabib. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!