Semua pemain, jurulatih badminton disahkan negatif - Utusan Malaysia

Semua pemain, jurulatih badminton disahkan negatif

PEMAIN menjalani ujian calitan sejurus tiba di Thailand sebelum menjalani kuarantin hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil langkah proaktif dengan menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas 64 atlet, jurulatih dan kakitangannya selepas pengarah kejurulatihan, Wong Choong Hann disahkan positif.

Ujian saringan itu menyaksikan kesemua mereka disahkan negatif.

BAM dalam satu kenyataan memberitahu, mereka sudah menjalankan proses sanitasi ke atas semua kemudahan yang di Akademi Badminton Malaysia (ABM) selain pembersihan secara harian bagi memastikan keselamatan semua.

Katanya, latihan untuk pemain senior akan berjalan seperti biasa hari ini dengan menggunakan pendekatan quarantine based untuk tempoh dua minggu, seperti yang diarahkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN).

“Atlet dibenarkan ke mana-mana kecuali ABM dan Stadium Juara.

“Hanya atlet dan jurulatih akan dibenarkan berada di gelanggang manakala kakitangan BAM hanya dibenarkan berada di pejabat ABM,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.