Masih OK, jangan bimbang - Utusan Malaysia

Masih OK, jangan bimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mengambil kira pemain sudah 10 bulan ‘membeku’, prestasi keseluruhan badminton negara dalam Terbuka Thailand pertama yang berakhir kelmarin memuaskan dan tiada apa perlu dibimbangkan menjelang kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo.

Beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mencatat keputusan terbaik dengan muncul naib juara, manakala Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, Pearly Tan-M. Thinaah dan Lee Zii Jia berjaya ke suku akhir.

Bekas pemain No.1 dunia, Roslin Hashim berkata, kebanyakan negara masih bergelut kerana pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

ROSLIN HASHIM

Begitupun, pemain Malaysia perlu segera mendapatkan rentak di dalam gelanggang untuk memastikan mereka tidak ketinggalan pada kejohanan akan datang.

Katanya, pada kejohanan pertama, aspek penting yang dilihat adalah cara permainan lawan kerana sudah lama mereka tidak beraksi.

Semua pemain kelihatan seimbang dengan memberi aksi sengit dalam kebanyakan perlawanan, termasuk pada final beregu lelaki yang menyaksikan V Shem-Wee Kiong
tewas 16-21, 23-21 dan 19-21 kepada Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan.

 

CHAN Peng Soon (kanan) dan Goh Liu Ying.

“Ini kejohanan pertama mereka selepas sekian lama, jadi persembahan yang ditunjukkan bukan teruk atau gagal, masih boleh diterima kerana kita semua tidak jangka ramai akan ke final sebab semua negara berada pada tahap sama.

“Ada yang ke final, ada suku akhir. Kira boleh diterima cuma kalau kalah pusingan pertama atau kedua, itu ada masalah sedikit tetapi secara keseluruhan masih OK.

“Kalau dilihat, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana mereka masih ada masa untuk perbaiki kelemahan dalam kejohanan kedua di sana,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Roslin yang juga bekas pemain kebangsaan berharap, pemain dapat meningkatkan kualiti permainan pada saingan kedua yang akan bermula hari ini kerana bulan ini terdapat dua kejohanan yang boleh digunakan bagi memperbaiki kelemahan.

Katanya, jurulatih atau pegawai yang ada di Bangkok boleh memberikan perangsang kepada pemain.

LEE ZII JIA

“Saya juga harap pemain tidak akan menjadikan alasan sudah lama tidak bermain menyebabkan kualiti mereka menurun kerana semua negara sama sahaja ketika ini.

“Jangan terlalu terbawa-bawa dengan kekalahan minggu lalu, sebaliknya bangkit dan cuba dapatkan keputusan lebih baik bagi perbaiki ranking,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya