Kento Momota dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Kento Momota dijangkiti Covid-19

KENTO MOMOTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seluruh skuad Jepun menarik diri daripada kejohanan badminton Terbuka Thailand minggu depan selepas pemain No. 1 dunia, Kento Momota disahkan positif Covid-19 semalam.

“Momota disahkan positif Covid-19 dan persatuan mengambil keputusan tidak menghantar seorang pun pemain ke Thailand,” kata seorang pegawai Persatuan Badminton Jepun kepada AFP.

Momota dijadual membuat penampilan pertama di pentas antarabangsa selepas berehat hampir setahun ekoran kemalangan di Malaysia yang menyebabkan dia mengalami kecederaan serius.

Stesen penyiaran kebangsaan Jepun, NHK berkata, pemain berusia 26 tahun itu diuji positif di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita sebelum pasukan Jepun berlepas ke Thailand.

Seorang daripada pegawai persatuan itu mengesahkan tiada seorang pun daripada 22 pemain Jepun lain yang diuji positif, namun seluruh pasukan menarik diri.

Momota memenangi Kejohanan Kebangsaan Jepun minggu lalu dalam pertandingan pertamanya sejak terlibat kemalangan pada Januari 2020 apabila kenderaan yang membawanya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas menjuarai Malaysia Masters terbabas dan menyebabkan pemandunya terbunuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya