Kelantan berisiko hilang 3 mata - Utusan Malaysia

Kelantan berisiko hilang 3 mata

STUART RAMALINGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Liga Malaysia (Liga M) belum pun bermula dan pemilik baharu, Norizam Tukiman sudah berhabis jutaan ringgit, namun Kelantan FC masih ‘tidak tenang’ dan berisiko dipotong tiga mata jika gagal membayar tunggakan gaji 11 bekas pemainnya.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata, keputusan tersebut dicapai pada Jawatankuasa Status FAM dan bakal dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM sekiranya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gagal melunaskan tunggakan itu dalam tempoh ditetapkan.

“Walaupun proses pemisahan status daripada persatuan bola sepak kepada kelab bola sepak sudah selesai, tindakan masih boleh diambil ke atas mana-mana pasukan kerana isu ini melibatkan kebajikan pemain,” kata Stuart yang dipetik kepada Bernama.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Status FAM Mohd. Joehari Ayub berkata, 11 bekas pemain Kelantan membuat tuntutan rasmi berjumlah RM187,778.92 kepada KAFA.

Menurut Mohd. Joehari, KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji kepada Muhammad Fauzi Rozlan berjumlah RM63,628.18; Muhammad Zulfahmi Awang (RM50,000); Muhammad Afiq Azuan (RM32,141.99) dan Wan Mohammed Afiq Wan Mohamed Kasbi (RM21,000).

KAFA juga perlu melunaskan tunggakan gaji kepada Mohamad Azzrie Aripin sebanyak RM4,075; Muhammad Syafiq Syahmi Husin (RM3,877) serta Muhammad Fahmi Izzuddin Ab Rahman (RM2,681).

Pemain lain yang membuat tuntutan ialah Ahmad Fathi Irfan Azlan sebanyak RM3,279; Mohamad Fazliera Ezlan Mohd Rosli (RM3,126.25); Ahmad Hamzalah Zulkiflee (RM2,681) dan Muhammad Fikri Hakim Kama (RM1,289.50).

Kelantan pernah dipotong tiga mata dalam saingan Liga Perdana musim lalu susulan kegagalan KAFA menjelaskan tunggakan gaji kepada beberapa pemain pasukan berkenaan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.