Apa yang MFL hutang? - Utusan Malaysia

Apa yang MFL hutang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mahu penjelasan daripada pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berhubung dakwaan pengendali liga tempatan itu masih ‘berhutang’ pembayaran hak penyiaran dengan pasukan Liga Malaysia (Liga M) dan elaun pengadil perlawanan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, pembayaran hak penyiaran musim lalu sudah dijelaskan, namun ada perkara tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Mengenai tuduhannya saya tidak mahu komen kerana tahun ini tiada lagi siaran langsung dan tahun lalu semua telah dibayar (kepada pasukan).

“Tentang pengadil saya telah jelaskan kepada 24 CEO kelab Liga Malaysia (Liga M) berkenaan perkara itu dalam sesi taklimat.

“Apa yang saya tak faham kenapa beliau mengeluarkan kenyataan seperti itu setelah saya menjelaskan segala persoalan yang diajukan dalam sesi taklimat tersebut.

“Beliau perlu ingat sebagai pemegang taruh dalam Liga M ada perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, ini bertentangan dengan peraturan yang telah termaktub.

“Dia perlu belajar mengenai perkara ini dalam hal undang-undang. Sesiapa yang mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan dasar kita.

“Ada perkara dibincangkan tidak boleh didedah kepada media. Mungkin dia baru dan tidak faham.

“MFL akan mengeluarkan surat kepada beliau untuk meminta penjelasan,” kata Ghani.

Kelmarin kecoh di media sosial, apabila Norizam mempersoalkan di mana bayaran hak penyiaran Liga M serta elaun pengadil yang belum dibayar.

Norizam turut mempersoalkan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan kenyataan Kelantan FC akan dipotong tiga mata dalam Liga Perdana musim ini jika Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gagal melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemainnya.

FAM bagaimanapun menafikan kenyataan tersebut, selain membidas pemilik Kelantan FC itu kerana ‘menyerang’ mereka tanpa memeriksa ketepatan laporan media.

“FAM ingin mengingatkan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai ZamSaham agar tidak terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial tanpa memeriksa ketepatan fakta terlebih dulu dan cuba menyerang FAM dengan mengaitkan pula isu-isu yang tiada kena mengena,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya