Inter kejutkan Juventus - Utusan Malaysia

Inter kejutkan Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Inter Milan menumpaskan juara bertahan, Juventus 2-0 untuk berkongsi mata dengan pendahulu Serie A, AC Milan sekali gus mencerahkan harapan menjuarai kejuaraan liga buat kali pertama sejak 2010.

Arturo Vidal menanduk hantaran Nicolo Barella pada minit ke-12 untuk jaringan liga pertama bersama Inter ketika berdepan bekas pasukannya.

Barella menambah gol kedua tujuh minit selepas babak kedua bersambung untuk membantu Inter mencatat kemenangan pertama ke atas Juventus sejak September 2016.

“Ia kekalahan yang teruk. Kami tidak menjangkakan dan tidak pernah mempamer aksi lebih buruk daripada ini.

“Tahap disiplin pemain tidak bagus sejak awal lagi. Kami sangat pasif, setiasa dalam kebimbangan serta banyak bertahan,” kata pengurus Juventus, Andrea Pirlo.

Inter kini berkongsi 40 mata bersama pasukan jiran, Milan yang akan berkunjung ke Cagliari hari ini.

Juventus yang mengalami kekalahan keduanya musim ini ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu untuk menduduki tangga kelima.

“Untuk memenangi perlawanan menentang pasukan seperti Juventus anda perlu sempurna dari semua sudut.

“Saya gembira dengan prestasi pasukan kerana kemenangan ini meningkatkan lagi keyakinan mereka dan meletakkan pasukan pada landasan tepat.

“Saya dapat melihat prestasi menakjubkan Inter dan puas selepas bekerja keras selama setahun setengah,” kata pengurus Inter, Antonio Conte. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya