fbpx

21 Januari 2021, 7:59 pm

  TERKINI

Ubat ‘korbankan’ Maradona?

MARA Digiuni, peguam kepada doktor peribadi Diego Maradona, Leopoldo Luque bercakap kepada pemberita di luar pejabat pendakwa raya di Buenos Aires kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Diego Maradona diberi koktel dadah termasuk ubat antikemurungan (antidepresi) dan antipsikotik yang digunakan untuk merawat penyakit bipolar.

Ia ditemukan selepas polis melakukan serbuan di rumah doktor peribadi legenda bola sepak Argentina itu dan hasil siasatan, kematian Maradona minggu lalu dikhuatiri mempunyai unsur pembunuhan.

Maradona meninggal dunia akibat kegagalan jantung yang turut menyebabkan edema pulmonari iaitu pengumpulan cecair dalam tisu di paru-paru.

Pakar kesihatan tidak menolak kemungkinan koktel dadah yang diambil bekas pemain berusia 60 tahun itu memberi tekanan kepada jantungnya.

Pada Ahad lalu, susulan kenyataan yang dikeluarkan anak perempuan Maradona, Dalma dan Giannina berkaitan penjagaan kesihatannya, polis menyerbu rumah dan klinik milik doktor peribadi, Leopoldo Luque.

Dr. Luque bagaimanapun belum dikenakan sebarang pertuduhan dan menafikan melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Antara ubatan yang diambil Maradona adalah Quetiapine yang digunakan untuk mengubati penyakit mood seperti tekanan, skizofrenia dan penyakit bipolar serta Gabapentin yang digunakan bagi merawat penyakit saraf berpunca daripada diabetes dan epilepsi.

Antara ubatan lain adalah Naltrexone yang digunakan untuk merawat ketagihan alkohol, antidepresi Venlafaxine yang kadangkala digunakan untuk merawat serangan panik, Lurasidone untuk penyakit bipolar, Omeprazol dan Vitamin B kompleks.

“Terlalu banyak ubat berkaitan antidepresi dan antipsikotik. Sebilangannya seperti Quetiapine, Lurasidone dan Venlafaxine boleh memberi kesan kepada jantung.

“Ia meningkatkan kadar denyutan jantung,” kata pakar neurologi, Nelson Castro. – AGENSI

BERITA BERKAITAN