Eei Hui, Rosman, Pei Tty tinggalkan BAM - Utusan Malaysia

Eei Hui, Rosman, Pei Tty tinggalkan BAM

CHIN Eei Hui (tengah) jurulatih yang membawa Chan Peng Soon-Goh Liu Ying meraih pingat perak beregu campuran pada Sukan Olimpik 2016 di Rio.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan menggugurkan Chin Eei Hui, Rosman Razak dan Wong Pei Tty daripada skuad kebangsaan

Pengguguran Eei Hui sesuatu yang mengejutkan selepas dia memainkan peranan penting membantu beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dalam meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Rosman sebelum ini diturunkan jawatan menjadi pembantu kepada Flandy Limpele dalam mengendalikan pasukan beregu lelaki negara.

Perkara ini bagaimanapun sudah dijangka selepas BAM memberi bayangan akan menggugurkan beberapa jurulatih selepas bahagian beregu gagal memberikan sebarang keputusan positif.

“Kontrak melibatkan Eei Hui dan Pei Tty tidak diperbaharui manakala Rosman mengambil keputusan meninggalkan pasukan kebangsaan.

“Kesemua mereka sedang bercuti dan kontrak mereka akan tamat pada penghujung tahun ini,” kata BAM dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya