Terminators, Avengers ungguli hari pertama - Utusan Malaysia

Terminators, Avengers ungguli hari pertama

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan Terminators yang diketuai perseorangan No. 1 dunia, Lee Zi Jia dan Avengers menguasai hari pertama Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.
 
Terminators menang 7-4 ke atas Dominators, manakala Avengers dipaksa berhempas pulas menumpaskan Transformers 6-5.
 
Beregu lelaki, Low Hang Yee-Nurfirdaus Azman gagal memberi mata pertama Terminators selepas tumpas 7-15, 12-15 di tangan Aaron Chia-Ng Eng Cheong.
 
Bagaimanapun beregu wanita, Chow Mei Kuan-Pearly Tan berjaya menyamakan kedudukan selepas menundukkan M. Thinaah-Teoh Mei Xing 15-11, 15-12
 
Dominators mendahului 2-1 menerusi Hoo Pang Roon-Shevon Lai yang menang 15-13, 8-15, 11-5 ke atas gandingan Chen Tang Jie-Lai Pei Jing.
 
Perseorangan lelaki, Ong Zhen Yi mengalahkan Ong Ken Yon 15-9, 15-13 untuk kembali menyamakan kedudukan 2-2.
 
Soniia Cheah sekali lagi meletakkan Dominators di depan 3-2 selepas menang ke atas Lee Ying Ying 15-9, 15-10, namun bergu campuran, Muhd. Haikal Nazri-Low Yeen Yuan mengikat kedudukan 3-3 dengan menumpaskan Goh Boon Zhe-Cheng Su Yin 15-12, 16-14.

Giliran Terminators mendahului 4-3 apabila Lee Shun Yang menundukkan Lim Chong King 15-12, 15-14, sebelum perseorangan wanita, Siti Nurshuhaini menyumbang mata untuk Terminators terus di depan 5- 3 selepas menang ke atas Tan Zhing Yi 15-14, 15-14.
 
Lee Zii Jia tenang menyumbang mata keenam Terminators selepas menundukkan Ng Tze Yong 15-10, 15-13.
 
Acara yang pertama kali diperkenal, lelaki dan wanita tiga sepasukan turut menjadi tumpuan dalam kejohanan ini, di mana trio Terminators, Goh Soon Huat, Low Han Yee dan Wyman Goh tewas kepada Aaron Chia, Lwi Sheng Hao serta Ng Eng Cheong dalam pertarungan tiga set 13-15, 15-13, 9-11 untuk Dominators merapatkan jurang 4-6.
 
Namun trio wanita Chow Mei Kuan, Lai Pei Jing dan Pearly. Tan memastikan mata ketujuh Terminators selepas menundukkan M. Thinaah, Teoh Mei Xing, dan Yap Cheng Wen 15-11, 15-14.
 
“Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk mendekatkan hubungan antara pemain senior dan remaja, begitu juga dengan semangat dan suasana pertandingan yang cukup meriah.

“Selepas susun kedudukan pemain kami akan berbincang dengan pemain dan kami berjaya melakukan beberapa kejutan,” kata Zii Jia.menang satu perlawanan dan harap akan menang lagi,”kata Soh Wooi Yik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya