Qi Xuan juara perseorangan perempuan - Utusan Malaysia

Qi Xuan juara perseorangan perempuan

Eoon Qi Xuan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Eoon Qi Xuan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua tiga perlawanan, sekali gus mengesahkan status sebagai juara perseorangan perempuan kejohanan badminton Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir hari ini.

Qi Xuan nyata sukar ditandingi K. Lethsaana apabila menang 21-10, 21-18.

“Saya berpuas hati dapat menang kesemua perlawanan dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan iaitu mengawal mental agar tidak terlalu gopoh memtikan perlawanan.

“Namun, kedudukan saya dengan pemain senior masih lagi jauh dan perlukan latihan terutama kekuatan kaki,” kata Qi Xuan.

Dalam satu lagi aksi perseorangan perempuan , Myisha Mohd. Khairul menundukkan Tang Zhing Yi straight-set 21-14, 21-10 untuk menduduki tangga ketiga.

WYMAN GOH

Sementara itu dalam perseorangan lelaki, Justin Hoh melakar kemenangan ketiga selepas menundukkan Ong Ken Yon 22-20, 21-10, sekali gus merampas kedudukan teratas dan hampir pasti untuk bergelar juara.

Dia berkongsi tiga mata bersama Wyman Goh yang turut mencatat kemenangan ke atas Ter Chun Long 21-18, 21-14.

“Sudah tentu saya gembira ketika ini tetapi saya tidak mahu terlalu tertekan menjelang perlawanan esok.

“Walaupun saya adalah pemain paling muda dalam kumpulan perseorangan lelaki, saya mahu buktikan kepada jurulatih yang telah memberi kepercayaan dan keyakinan,” kata Justin.

Saingan beregu lelaki pula menyaksikan gandingan senior, Lwi Sheng Hao-Yap Roy King mengesahkan status sebagai juara, manakala Choong Hon Jian-Nur Firdaus Azman menamatkan saingan kumpulan di tangga kedua.

Saingan beregu perempuan menjadi milik Teoh Mei Xing-Yap Ling yang melakar kemenangan dalam kesemua dua perlawanan, sekali gus mengungguli carta.

Aksi terakhir hari ini, Mei Xing dan Yap Ling dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan gandingan Pearly Tan-Toh Ee Wei dalam aksi tiga set, 21-17, 18-21, 21-18

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya