Penyokong Maradona, polis bertempur - Utusan Malaysia

Penyokong Maradona, polis bertempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Peminat Diego Maradona yang meratapi kematian bintang pujaan mereka mencetuskan kekecohan dengan polis ketika cuba melihat keranda legenda bola sepak Argentina itu di Buenos Aires hari ini.

Mereka dilihat cuba memecah masuk penghadang yang diletakkan dan bertempur dengan polis rusuhan berhampiran kediaman presiden di ibu kota Argentina itu.

Sekumpulan  penyokong mengelilingi kereta jenazah berwarna putih ketika cuba untuk melihat legenda itu buat kali terakhir.

Mayatnya akan diletakkan di kediaman presiden selama tiga hari.

Presiden Argentina, Alberto Fernandez mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari susulan kematian legenda bola sepak itu pada usia 60 tahun.

Puluhan ribu rakyat Argentina berhimpun di jalan untuk berkabung dengan meninggalkan bunga dan mesej di kediaman Maradona ketika kecil serta pasukan lamanya, Boca Juniors.

Mereka juga berhimpun di mana-mana mercu tanda yang mempunyai kaitan dengan Maradona.

Antaranya rumah di mana dia dilahirkan iaitu di kejiranan Villa Fiorito, stadium Argentinos Junior, stadium La Bombonera dan ibu pejabat Gimnasia.

Mayat Maradona diletak di dalam keranda kayu dengan bendera Argentina dan jersi bola sepak Argentina yang tertera  No. 10.

Sementara itu, semua sekolah di Naples ditutup hari ini sebagai penghormatan kepada bekas pemainnya dengan presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis bercadang menukar nama Stadium San Paolo kepada nama Diego Maradona.

Di Buenos Aires, penyokong turut meletakkan jambangan bunga di stadium Boca Juniors.

Ada juga yang berhimpun di kejiraan San Andres yang menjadi tempat tinggal Maradona dan juga di bandar terdekat, La Plata yang menyaksikan dia menjadi pengarah teknikal pasukan tempatan, Gimnasia y Esgrima. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya