Nurshuhaini 'naik pangkat' - Utusan Malaysia

Nurshuhaini ‘naik pangkat’

Siti Nurshuhaini Azman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Siti Nurshuhaini Azman memastikan kerja kerasnya berakhir dengan kejayaan selepas mengesahkan tempat ke kumpulan A dalam pasukan remaja kebangsaan.

Pemain berusia 16 tahun itu melakar kemenangan kedua berturut turut dalam saingan playoff Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020, sekali gus mengekalkan kedudukan  pendahulu Kumpulan A dan B perseorangan perempuan.

Kemenangan kedua Shuhaini diraih selepas menang straight-set ke atas Khor Jing Wen 21-13, 21-18 untuk mengumpul dua mata selepas dua perlawanan

“Permainan saya di playoff ranking lebih baik berbanding ketika saingan Oktober lalu kerana saya sudah melakukan latihan tambahan sebelum beraksi di pertandingan ini.

“Berada dalam kumpulan A nanti sudah tentu akan lebih mencabar kerana terdiri daripada pemain pemain yang lebih baik dan sudah tentu saya perlu menggandakan usaha,” kata Shuhaini.

Khor Jing Wen dan Loh Zhi Wei bakal bersaing menentukan siapa yang akan mengiringi Shuhaini selepas berkongsi satu mata untuk menghuni tangga kedua dan ketiga.

Kekalahan Jing Wen membuka ruang kepada Zhi Wei yang menang ke atas Joanne Ng May Yin  21-18, 15-21, 30-28 untuk merebut slot ke kumpulan A, namun terpaksa menanti sehingga hari terakhir esok

“Sudah tentu saya juga mahukan slot untuk ke kumpulan A tetapi segalanya bergantung kepada perlawanan terakhir esok dan saya perlu menewaskan Siti Nurshuhaini,” kata Zhi Wei.

Sementara Khor Jing Wen perlu menang ke atas Joanne Ng pada perlawanan terakhir esok untuk mengisi nama dalam kumpulan A.

Dalam aksi perseorangan lelaki kumpulan A dan B, V. Poopathi masih mengekalkan kedudukan pendahulu, sekali gus kekal dalam kumpulan A pasukan remaja kebangsaan.

Dia menundukkan Eogene Ewe Eon dalam pertarungan tiga set 23-21, 16-21, 21-16.

Eogene yang berada di kedudukan kedua semalam turun ke tangga ketiga manakala Dylan Ooi Ding Sheng menghuni tangga kedua selepas menewaskan Anson Cheong  21-14, 21-12.

Saingan playoff Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020 berlangsung dari 4 hingga 6 November akan menjadi penentu kedudukan pemain pemain dalam pasukan remaja kebangsaan.

 

Oo Shan Zi

Perseorangan perempuan bagi kumpulan B dan C pula diungguli Carmen Ting dan Oo Shan Zi , berkongsi dua mata selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing.

Carmen Ting menang 21-17, 21-17 ke atas Chong Jie Yu, manakala Oo Shan Zi tidak berdepan masalah untuk mengalahkan Tan Shen Thing  21-15, 22-20.

Sementara itu, Low Han Chen dan Ferdinan Ramno mengungguli dua kedudukan teratas perseorangan lelaki kumpulan B dan C.

Han Chen menang ke atas Lok Hong Quann 21-16, 21-17 manakala Ferdinan bangkit daripada kekalahan di set pertama sebelum menang ke atas Aaron Tai 17-21, 21-17, 21-19

Playoff Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020 dilangsungkan secara tertutup di Stadium Juara, Bukit Kiara melibatkan pemain pemain remaja yang kembali menjalani latihan secara berperingkat di Akademi Badminton Malaysia, ABM pada Julai lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.