Real hampir kalah lagi - Utusan Malaysia

Real hampir kalah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONCHENGLADBACH, Jerman: Dua jaringan lewat minit menyelamatkan juara 13 kali, Real Madrid daripada mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi Liga Juara-Juara pagi tadi.

Selepas ketinggalan 0-2 ketika perlawanan berbaki tiga minit, Karim Benzema dan Casimiro meledak gol untuk mengikat Borussia Monchengladbach 2-2.

Biarpun berjaya mengelak kekalahan, namun anak-anak buah Zinedine Zidane tetap menghuni tangga tercorot Kumpulan B dengan satu mata.

Real yang tumpas 2-3 kepada Shakhtar Donetsk dalam aksi pembukaan minggu lalu berdepan risiko tersingkir di peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 1997 jika gagal bangkit dalam saingan seterusnya.

Selepas melakar sejarah merangkul kejuaraan Eropah tiga kali berturut-turut, Real gagal melepasi pusingan 16 akhir pada dua musim terakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya