Lesen Pahang, Melaka boleh ditarik balik - Utusan Malaysia

Lesen Pahang, Melaka boleh ditarik balik

STUART RAMALINGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pahang dan Me­laka hanya ada empat hari lagi untuk melengkapkan dokumen yang diminta oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau lesen mereka akan ditarik, selain ‘ditendang’ dari Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Kedua-dua pasukan sudah diberi peluang oleh FAM dengan diberikan lesen bersyarat selepas gagal menghantar dokumen yang sempurna pada tarikh akhir pertama, bulan lalu.

Begitupun, sehingga kini mereka masih gagal menyerahkan dokumen berkaitan agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Belum…mereka belum di tahap lengkap masih selesaikan di peringkat domestik dengan mendapat surat persetujuan dengan agensi-agensi berkenaan.

“FAM telah mengeluarkan surat peringatan kepada mereka dan itu proses dalaman yang biasa dilakukan untuk sentiasa berhubung dengan pasukan terbabit tetapi semua terpulang kepada mereka sudah selesai atau belum.

“Tindakan paling keras adalah lesen yang diberikan sebelum ini ditarik balik jika mereka gagal (lengkapkan dokumen),” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam kepada Utusan Malaysia semalam.

Situasi itu menyaksikan kedudukan Pahang dan Melaka belum ‘selamat’ selepas menjadi dua wakil Liga Super yang diberikan lesen kebangsaan bersyarat FAM.

Selain Pahang dan Melaka, lima pasukan Liga Perdana termasuk juara musim ini, Pulau Pinang, Kelantan, Kuching FA, UKM FC dan Sarawak United turut diberi lesen bersyarat oleh FAM.

Semua pasukan diberi tempoh sehingga 31 Oktober ini bagi mengemukakan segala dokumen yang diperlukan kepada Pengerusi First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN