Kortrijk senaraikan Luqman dalam liga utama - Utusan Malaysia

Kortrijk senaraikan Luqman dalam liga utama

LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setelah lebih dua bulan di Belgium, hasrat penyokong bola sepak tanah air untuk melihat Luqman Hakim Shamsudin beraksi bersama KV Kortrijk cerah apabila penyerang muda kebangsaan itu disahkan tersenarai dalam skuad utama.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Duta Besar Belgium ke Malaysia Pascal H. Gregoire menerusi Twitter sebentar tadi.

“Terkini, Luqman disenaraikan dalam skuad untuk menentang Anderlecht esok,” tulisnya.

Pengesahan tersebut sekali gus mencerahkan peluang pemain berusia 18 tahun itu, yang diikat Kortrijk pada Julai lalu, untuk diturunkan dalam saingan divisyen satu, Pro League.

Sebagai pemanas badan, pemain berjersi No. 9 itu minggu lalu meledak gol kemenangan bagi membantu skuad bawah 21 Tahun (B-21) Kortrijk menundukkan KFCO Beerschot Wilrijk 1-0 dalam aksi Kumpulan 2, Liga Belgium.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.