Kecederaan Fabinho bayangi kemenangan Reds - Utusan Malaysia

Kecederaan Fabinho bayangi kemenangan Reds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Kemenangan 2-0 Liverpool ke atas juara Denmark, Midtjylland dalam aksi Liga Juara-Juara pagi tadi dibayangi kecederaan Fabinho.

Juara Liga Perdana Inggeris itu kini memenangi kedua-dua perlawanan Kumpulan D, namun masalah yang menimpa Fabinho pasti meresahkan Reds.

Liverpool mengambil apa sahaja langkah yang boleh untuk mengurangkan risiko kecederaan, malah merehatkan trio Sadio Mane, Mohamed Salah dan Roberto Firmino dalam kesebelasan utama.

Jurgen Klopp sebaliknya meletakkan Diogo Jota, Takumi Minamino dan Divock Origi.

Malah, Xherdan Shaqiri dan James Milner juga membarisi kesebelasan utama untuk berganding dengan Jordan Henderson di bahagian tengah.

Reds terpaksa menunggu sehingga minit ke-55 untuk memecah kebuntuan apabila Jota menolak hantaran cantik Trent Alexander-Arnold.

Salah yang dibawa masuk pada babak kedua melengkapkan kemenangan 2-0 selepas menyempurnakan sepakan penalti, tiga minit memasuki waktu kecederaan.

MOHAMED Salah menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua. – AFP

“Malam yang amat sukar. Ia umpama perkahwinan, kadangkala hubungan baik ada masanya teruk.

“Kami tidaklah mengharungi waktu yang buruk, cuma sangat berliku. Pemain kena bersatu sepanjang masa, bertarung sengit,” kata Klopp kepada BT Sport.

Mengulas situasi Fabinho, Klopp berkata, ia perkara terakhir yang dimahukan Liverpool.

“Fabinho mengadu sakit di bahagian hamstring dan itu tidak bagus.

“Dia masih mahu meneruskan permainan tapi tidak boleh berlari laju, itu tidak membantu.

“Kita tunggu apa keputusan ujian imbasan tapi yang pasti ia nampak tidak bagus,” kata Klopp.

KECEDERAAN Fabinho meresahkan Liverpool. – AFP

Kecederaan Fabinho berita buruk buat Liverpool yang sudahpun kehilangan dua pertahanan tengah, Virgil van Dijk dan Joel Matip. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya