fbpx

24 November 2020, 5:17 pm

  TERKINI

De Bruyne inspirasi City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARSEILLE: Kevin De Bruyne menjadi inspirasi Manchester City ketika gergasi Liga Perdana Inggeris itu membenam kelab Perancis, Marseille 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara pagi tadi.

Skuad bimbingan Pep Guardiola kini memenangi kedua-dua perlawanan di peringkat Eropah untuk mengungguli  Kumpulan C.

Biarpun bermula goyah dalam saingan domestik apabila hanya menang dua daripada lima perlawanan Liga Perdana tetapi City menunjukkan prestasi baik di Stade Velodrome.

“Sebahagian daripada kritikan yang kami terima adalah wajar dan anda harus menerimanya.

“Dengan persediaan tidak mencukupi, kecederaan dan Covid-19, Liga Juara-Juara bukti kebangkitan kami,” kata Guardiola.

Biarpun tidak mencetak nama sebagai penjaring, De Bruyne mencipta dua gerakan gol buat City.

Ferran Torres membuka jaringan pada minit ke-18 selepas menyudahkan hantaran  De Bruyne.

City yang menguasai sebahagian besar permainan menambah gol kedua menerusi Ilkay Gundogan pada minit ke-76.

De Bruyne mencipta bantuan gol keduanya pada minit ke-88 apabila menghantar bola untuk disempurnakan Raheem Sterling. – AGENSI