Aidil Sharin 'laku keras' - Utusan Malaysia

Aidil Sharin ‘laku keras’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak ibarat ‘pisang panas’ apabila menjadi rebutan sekurang-kurangnya lima pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) bagi mengharungi musim depan.

Menurut sumber, ada di antara pasukan tersebut yang telah membuat tawaran awal bagi memastikan mereka tidak terlepas mendapat khidmat jurulatih dari Singapura itu.

“Dua daripada pasukan itu berpangkalan di Lembah Klang manakala tiga yang lain datang dari utara, pantai timur dan selatan tanah air.

“Masing-masing tampak serius mahu mendapatkan khidmat Aidil namun salah satu pasukan tersebut dikatakan telah membuat tawaran paling awal kepada jurulatih itu, untuk dipertimbangkan,” katanya.

Difahamkan lima pasukan tersebut ialah Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Sebelum ini Aidil turut mendedahkan beliau pernah menerima dua tawaran dari Indonesia dan satu dari tanah kelahirannya, Singapura.

AIDIL mengakui hatinya masih bersama Lang Merah.

Sementara itu, Aidil ketika dihubungi semalam memaklumkan, beliau masih menanti kata putus Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi membincangkan mengenai masa depannya bersama pasukan itu.

“Sejujurnya Kedah masih pilihan nombor satu saya. Sebabnya cukup mudah iaitu pemain dimiliki, keterujaan penyokong serta cinta saya kepada bandar raya ini.

“Mengenai tawaran daripada pasukan lain untuk mengharungi musim depan, itu saya sendiri belum pasti.

“Saya serah segalanya kepada ejen yang menguruskan tawaran,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya