'Pengorbanan 19 hari Zamsaham' - Utusan Malaysia

‘Pengorbanan 19 hari Zamsaham’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Terpaksa menjual sebahagian saham dimiliki, menangguhkan rancangan membesarkan kilang burger dan menunda pelan pengambilalihan hotel antara ‘pengorbanan 19 hari’ Norizam Tukiman sejak membeli pasukan bola sepak Kelantan.

Kata Norizam yang dikenali sebagai Zamsaham, semua itu terpaksa dilakukan demi menyelesaikan hutang Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan memastikan urusan penswastaan serta pelesenan dipenuhi dengan sebaik mungkin.

Norizam juga mendedahkan, beliau terpaksa menangguhkan seketika pelbagai urusan lain, termasuk menghantar bapanya berubat ke tempat baharu demi The Red Warriors (TRW).

“Kekuatan selepas kesusahan akan datang kesenangan. Aku tidak bergantung pada ‘jenama’ perniagaan semata-mata, seba-
liknya pada usaha, rezeki dan kuasa doa orang-orang yang mempercayai diri ini.

“Aku bersyukur kerana mempunyai pasukan berkualiti dalam memastikan semua operasi berjalan lancar. Alhamdulillah, Allah cukupkan 24 jam.

“Mudahan Allah mengurniakan aku penyokong yang bijak menilai, diberi barisan jurulatih sentiasa mengkaji kekuatan diri, lawan, membuat analisa, usaha serta belajar,” katanya dalam Facebook semalam.

Norizam yang merupakan pakar pelaburan, usahawan hotel dan burger mengambil alih
Kelantan pada 3 September lalu dengan nilai RM6.8 juta.

Secara keseluruhan, beliau mengeluarkan RM3.6 juta termasuk perbelanjaan pasukan dalam baki Liga Malaysia Liga Malaysia (Liga M) musim ini, selain melangsaikan hutang KAFA berjumlah RM2.4 juta minggu lalu.

Sementara itu, Norizam menegaskan, biarpun prestasi TRW agak terumbang-ambing ketika ini, terutama selepas kalah 2-0 kepada Kuching FA Ahad lalu, namun buat masa ini tiada keperluan untuk menukar jurulatih atau pemain.

Sebaliknya, beliau mahu semua pihak memberi masa kepadanya untuk menjadikan
TRW lebih baik pada masa hadapan.

“Saya baru menjadi pemilik TRW untuk tempoh 19 hari. Insya-Allah kalau 365 hari pasukan Kelantan FC akan berubah jadi semakin baik.

“Sepanjang tempoh itu, saya mengikuti setiap pergerakan pasukan, pemain dan barisan kejurulatihan,” ujarnya.

Beliau turut berdoa agar pemain Kelantan FC dijauhkan daripada bookie dan mahu mereka berusaha memperbaiki diri, berlatih lebih kuat dan membaca buku ilmiah.

“Bukan sahaja buku tentang bola, dapat duit gaji berpuluh ribu takkan ke mana kalau tak korban dengan membaca.

“Tingkatkan kualiti dan tambah nilai diri. Dunia semakin bersaing, kita kena ubah minda.

“Ingatlah Bola bukan sahaja pandai gelecek dan tendang tetapi mesti ada otak juga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya