Hujan lebat, ribut petir landa seluruh negeri utara hingga 12 tengah hari ini

Hujan lebat, ribut petir landa seluruh negeri utara hingga 12 tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, keadaan itu diramal berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Labuan.

Di Perak, kawasan yang dijangka terjejas melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar.

Bagi Pahang, amaran cuaca dikeluarkan bagi kawasan Rompin, manakala di Johor melibatkan daerah Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sabah, keadaan cuaca sama dijangka berlaku di kawasan Pedalaman melibatkan Kuala Penyu serta Tawau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN