Adakah Randy Jackson okey? - Utusan Malaysia

Adakah Randy Jackson okey?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penonton meluahkan kebimbangan terhadap tahap kesihatan komposer, Randy Jackson gara-gara penyusutan berat badannya ketika membuat kemunculan dalam rancangan American Idol, baru-baru ini.

Kebimbangan itu disuarakan susulan penonton menyaksikan Randy bertemu dan mengkritik finalis ketika raptai program berkenaan.

“Adakah Randy Jackson ok? Beliau terlihat dan kedengaran lemah,” kata seorang penonton di laman x.

“Randy jackson kelihatan tidak sihat,” kata seorang lagi netizen.

Jackson, yang menjurikan program American Idol selama 12 musim, disahkan menghidap kencing manis tahap dua pada 2002.

“Bapa saya mengalaminya. Jadi ia akan turun kepada kami kerana diwarisi keluarga,” katanya.

Pada 2014, komposer tersebut menjalani pembedahan bariatrik gara-gara berat badannya yang mencecah 158 kilogram.

Susulan itu beliau kehilangan 45 kg dan mengamalkan pemakanan sihat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN