Nak singkir jangan cakap ‘rehat’ - Utusan Malaysia

Nak singkir jangan cakap ‘rehat’

B. SATHIANATHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Direhatkan itu istilah pondan!

Itu penegasan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan terhadap persatuan yang gemar berselindung di sebalik perkataan ‘merehatkan’ apabila mahu menyingkirkan jurulatih.

Katanya, jika khidmat jurulatih tersebut tidak lagi diperlukan atas apa jua alasan, persatuan berhak menamatkan perkhidmatan mereka dengan syarat semua dibuat mengikut kontrak.

“Jangan guna rehat kerana ia adalah istilah pondan. Kalau nak singkir cakap sahaja singkir.

“Kalau nak suruh saya rehat, saya tidak boleh terima. Jika nak rehat, mereka kenalah bayar gaji,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) me­lakukan kejutan terbesar musim ini dengan merehatkan semua barisan kejurulatihan pasukan berkuat-kuasa serta merta meskipun saingan Liga Perdana masih berbaki empat perlawanan.

Bagaimanapun tempoh ‘rehat’ Zahasmi Ismail selaku ketua jurulatih bersama dua penolongnya, Sazami Shafii dan Zahariman Ghazali akan dimaklumkan ke satu tarikh yang bakal diberitahu kelak.

Mengenai kedudukannya sendiri dalam skuad Selangor yang tidak menentu, Sathianathan menyerahkan semuanya kepada pengurusan persatuan.

Bagaimanapun kata bekas pengendali skuad kebangsaan itu, apa pun keputusan yang bakal diambil haruslah berlandaskan kepada kontrak yang ditandangani kedua-dua pihak.

“Itu terpulang kepada persatuan tetapi kalau nak ‘rehatkan’ saya, bayar gaji saya ikut kontrak dan jangan buang masa saya.

“Saya seorang yang pro­fesional. Dalam tujuh perlawanan terakhir, hanya sekali kami kalah, jadi jangan cakap ­banyak,” katanya.

Dalam tujuh perlawanan Liga Super musim ini, Red Giants hanya kalah sekali iaitu 1-2 kepada Pahang di Kuantan pada 29 Februari lalu.

Bagaimanapun empat keputusan seri menyebabkan anak-anak buah Sathianathan menghuni tangga keenam liga dengan 10 mata, sembilan mata ditinggalkan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selangor akan berdepan ujian terbesar mereka musim ini apabila bertandang ke JDT dalam saingan Liga Super, Sabtu ini.

Sathianathan menganggap perlawanan kelapan liga itu sebagai pertarungan amat ‘getir’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya