2 geng pemisah maut bertempur di Pattani

2 geng pemisah maut bertempur di Pattani

PASUKAN keselamatan Thailand menembak mati dua anggota kumpulan pemisah (gambar kecil) dalam operasi di Daerah Khok Pho, Pattani, Thailand. – IHSAN ISOC 4
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI (THAILAND): Dua anggota kumpulan pemisah Selatan Thai yang aktif di Wilayah Pattani ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di sebuah rumah di Daerah Khok Pho, di sini, semalam.

Dalam operasi itu, seorang suspek yang terbunuh dikenali sebagai Cheh Mae, 40-an. iaitu individu paling dikehendaki atas waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Wilayah Pattani manakala identiti seorang lagi suspek sedang dikenal pasti.

Sumber Pusat Operasi Kese­lamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, operasi dilancarkan susulan maklumat orang ramai berhubung pergerakan anggota pemisah di Kampung Ban Tha Khlong, Mukim Khok Pho, pukul 4 pagi semalam.

Katanya, Unit Operasi Bersama Wilayah Pattani kemudian mengesan sasaran yang dipercayai anggota kumpulan pemisah dikaitkan dengan serangan bom motosikal di Pangkalan Kompeni Renjer 4313 di Mukim Na Ket, Daerah Khok Pho, Pattani pada 18 Mac lalu.

“Pasukan operasi kemudian mengepung satu kawasan di mana anggota kumpulan pemisah itu dipercayai sedang bersembunyi di dalam sebuah rumah.

“Pihak berkuasa mengikuti prosedur dan menggunakan kaedah aman, cuba berunding dan memujuk pemberontak untuk menyerah diri dan menghadapi proses undang-undang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa turut meminta bantuan pemimpin agama dan ketua kampung memujuk suspek menyerah diri bagi elak pertumpahan darah

“Rundingan ambil masa hampir sejam, tetapi mereka melepaskan tembakan ke arah penguat kuasa yang membawa kepada berbalas tembakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN